Thursday, 24 March 2016

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi 25 Mac 2016

Tags

SATU perlawanan yang dinantikan bagi peminat bola sepak di tanah air yang melibatkan pasukan Malaysia akan menentang Arab Saudi yang akan berlangsung awal pagi Jumaat, 25 Mac 2016 (Waktu Malaysia 1.30 AM). Ini perlawanan kelapan buat Malaysia yang akan bertemu dengan jaguh Asia barat dan pendahulu di dalam Kumpulan A.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah bermula 130 pagi, Jumaat. Perlawanan pertama menentang Arab Saudi di Shah Alam telah menyaksikan rusuhan penyokong yang menyebabkan Arab Saudi diberikan kemenangan 3-0 walaupun kedudukan pada minit ke 88, Malaysia ketinggalan 1-2. Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga keempat dari 5 pasukan di Kumpulan A dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 5 kekalahan. Diharap Malaysia yang kini dilatih oleh Datuk Ong Kim Swee selepas Dollah Salleh meletak jawatan, mampu sekurang-kurangnya bersaing dengan Arab Saudi pada perlawanan terakhir nanti dalam usaha melayakan diri ke Piala Asia 2019.

Kedudukan Pasukan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018

Berikut adalah carta kedudukan terkini pasukan dalam Kumpulan A untuk kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia :-
Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi 25 Mac 2016

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan serta informasi tentang siaran langsung Malaysia Vs Arab Saudi, 25 Mac 2016 (Waktu Malaysia).

# Tarikh : 25 Mac 2016 (Jumaat), 130 pagi waktu Malaysia
# Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah
# Siaran Langsung/ Live streaming di Astro Arena

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi 25 Mac 2016

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Malaysia 0 vs 0 Arab Saudi

Keputusan pusingan Pertama : Malaysia 1 - 2 Arab Saudi (Perlawanan terhenti di minit ke 88). Malaysia dihukum FIFA atas kekecohan penonton. Arab Saudi di beri kemenangan 3-0)
MAL : Safiq Rahim min 70 & Arab Saudi : Taseer Al Jassam min 72 & Mohammed Al Sahlawi min 76
Formasi : 4-1-2-3
Jurulatih : Datuk Ong Kim Swee
Pemain yang disenaraikan : Khairul Fahmi, M. Davies, Razman Roslan, Fadhli, Nazirul Naim, J. Eldstal, Safiq Rahim ( K ), Baddrol Bakhtiar, Kunanlan, Amri Yahyah, Azammuddin.

P/S : Semoga pemain Malaysia dapat memberi tentangan yang sengit pada Arab Saudi

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon