Wednesday, 30 March 2016

Kenali Perwatakan Seseorang Melalui Bentuk Kening

Tags

ANDA PERCAYA atau tidak, melaui kening kita sendiri dapat melihat perwatakan atau character seseorang itu, Namun, anda jangan terlalu terkeliru dengan kening yang telah dicukur dan diukir cantik kerana kening sebegini sudah tidak asli.

Meskipun begitu, masih ramai wanita yang memiliki kening secara semulajadi. Jom, ketahui perwatakan individu melalui kening mereka.
Kening Lurus
☞ Orang yang boleh dipercayai, kuat, sukar untuk dijatuhkan
☞ Seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan baik.
☞ Good multi-tasker.
☞ Berkebolehan melaksanakan sesuatu tugasan secara individu mahupun kumpulan.
☞ Tidak mendiskriminasi orang lain
Kening Melengkung
☞ Merupakan seorang pekerja yang bersungguh-sungguh.
☞ Kerja keras adalah kunci kejayaan.
☞ Mementingkan kesempurnaan.
☞ Mempunyai perasaan artistik yang kuat, dan kemampuan menilai warna sehingga sesuai untuk menjadi seorang pereka fesyen.
Kening Meruncing ke Atas
☞ Berkebolehan memimpin.
☞ Wanita ini unik dan kompetitif.
☞ Tidak suka bergaduh, dan jika mempunyai lawan, dia akan menganggapnya sebagai memotivasi diri untuk lebih maju.
☞ Lebih banyak musuh, lebih banyak motivasi positif terhadap kerja.
Kening Menurun
☞ Seorang yang sangat peka dan sangat peramah.
☞ Wanita ini mudah terasa dan mudah simpati terhadap sesuatu.
☞ Orang yang dipercayai dan dijadikan tempat mengadu.
☞ Selalu ditimpa masalah akibat orang lain bukan diri sendiri.
Kening Menukik
☞ Seorang yang bertanggungjawab.
☞ Wanita ini dikatakan seorang yang sangat berlaku adil dan kooperatif terhadap sesiapa sahaja.
☞ Mudah berprasangka namun lebih suka mendiamkan diri sahaja.
P/S : Perwatakan melalui kening ini sekadar perkongsian sahaja. Ia bukanlah 100 peratus kajian yang tepat. Sesiapun anda, percayalah wanita yang hebat memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon