Wednesday, 2 March 2016

Harga Terbaru Tepung Gandum Ditarik Subsidi Mulai 1 Mac 2016

Tags

HARGA terbaru bagi tepung gandum akan dinaikkan susulan penarikan semula subsidi tepung gandum 25KG oleh pihak kerajaan berkuatkuasa serta merta pada 1 Mac 2016. Tepung gandum menjadi satu pilihan untuk rakyat menikmati roti canai serta kuih muih yang paling popular pada waktu sarapan pagi dan petang.

Harga terdahulu tepung gandum seberat 25KG naik dari RM33.75 (subsidi) kepada RM42.00 (tanpa subsidi). Penarikan subsidi ini juga akan membebankan perniagaan kecil yang bergantung kepada penggunaan tepung gandum. Bagaimanapun, tepung gandum untuk kegunaan komersial pek 1 kilogram kekal RM1.35 pada kadar subsidi.

Harga Terbaru Tepung Gandum Ditarik Subsidi Mulai 1 Mac 2016

# Tepung Gandum Blue Key (25KG) : RM 42.00 (dulu RM33.75 tanp subsidi)
# Tepung Gandum (1KG): RM 1.35 (Kekal Tiada Perubahan)
P/S : Apakah nasib rakyat Malaysia pada hari yang mendatang??

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon