Tuesday, 1 March 2016

Gambar Kucing Jalanan Cedera Sebelum Dan Selepas Dirawat

Tags

APAHKAH perasaan anda apabila orang di sekeliling anda tidak memperdulikan anda ? Sedangkan anda di dalam kesakitan, pastinya perit bukan?

Seekor kucing jalanan yang tercedera di Istanbul, tiada seorang pun perasan akan kucing tersebut. Mungkin hanya ada yang pandang biasa-biasa sahaja sedangkan kucing ini perlu diselamatkan. Tiada tempat untuk mengadu kesakitannya.

Walaupun ia adalah seekor haiwan namun dia juga perlukan belaian dan bantuan setiap diri kita. Lebih mengejutkan lagi, Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang lebih tahu erti kasih sayang dan membantu untuk merawat kucing yang tercedera ini.

Dikutipnya kucing tersebut dan jaga seperti haiwan peliharaan yang lain. Kucing ini bertuah kerana bapa kepada kanak perempuan ini seorang doktor. Kanak perempuan tersebut terus bawa kucing itu kepada bapanya untuk dirawat. Jururawat telah merawat kucing tersebut dengan sebaik mungkin walaupun kucing itu agak sukar untuk dirawat. Ini kerana kucing itu juga cacat.

Kanak perempuan ini telah menyelamatkan nyawa bagi seekor kucing. Dengan penuh kasih sayang dia menjaga kucing yang diberikan nama Gulumser yang bermaksud sentiasa tersenyum. Anda di luar sana jangan sesekali biarkan atau pukul haiwan kerana mereka juga mahukan kasih sayang.
P/S : Harap kisah ini memberi renungan pada anda semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon