Friday, 11 March 2016

Cara Mudah Hilang Batuk Anda Dengan Berkesan

Tags

DENGAN keadaan cuaca panas yang tidak menentu di Malaysia kini, mungkin ramai diantara kita mengalami masalah untuk mengatasi pelbagai penyakit. Paling utama adalah batuk yang sering kali menyerang tubuh badan kita. Tetapi jangan risau kerana kami kongsikan artikel yang mungkin boleh membantu masalah anda apabila batuk menyerang pada diri anda.

Sebenarnya, banyak cara yang paling mujarab untuk hilangkan batuk anda. Tidak perlu bersusah payah beli bermacam-macam ubat, guna cara tradisional dan bahan-bahan yang tersedia ada pun lebih berkesan kot! Kadang-kadang, tak pernah tahu pun cara-cara yang dipaparkan sebenarnya boleh mengubat sakit anda.

Bagi mereka yang mengalami batuk teruk terutamanya kanak-kanak, boleh amalkan cara ini dekat rumah. Tapi, sebelum tu ada beberapa bahan yang perlu disediakan, berikut merupakan cara-cara dan bahan yang diperlukan untuk merawat batuk anda !

1. Sediakan 3 sudu besar tepung gandum.

2. 2 sudu besar minyak sayur atau lagi berkesan, guna minyak habatussauda, ( titik dalam minuman kanak-kanak yang ada asthma pun boleh ).

3. 1 sudu besar madu asli.

4. Jus halia ( jika demam, tak perlu letak pun takpe sebab jus halia tujuan ingin panaskan badan, jika sekadar batuk sahaja, disarankan letak jus ini okay !).

* Sesudah campur semua bahan ini, gaul sehingga menjadi adunan doh sebesar bola pingpong kemudian, leperkan dan letak dekat dada. Insyaallah mujarab dan berkesan!
P/S : Dah tahu caranya kan? jadi, korang boleh cuba buat cara ini , tak susah pun, senang aje ! selamat mencuba ya..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon