Sunday, 27 March 2016

Apakah Hukum Isteri Keluar Bersama Lelaki Lain Walau Dapat Keizinan Suami?

Tags

NAMPAK perkara seperti diambil remeh buat wanita yang telah bergelar sebagai isteri orang kan. Namun ia adalah sangat berat sebenarnya.

Persoalannya adakah berdosa sekiranya wanita bergelar isteri orang ini jika keluar bersama dengan lelaki lain meskipun mendapat keizinan dari suami akan dijawab dibawah.

SOALAN

Apakah hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama.

JAWAPAN

Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya.

Perbuatan ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri. Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke dalamnya.
Rasulullah bersabda:

"Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan," (Riwayat a;'Tirmizi)
Perbuatan membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian.
P/S : Semoga menjadi panduan buat pembaca.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon