Thursday, 4 February 2016

Video Teknologi Telefon Yang Boleh Meragut Nyawa Anda

Tags

TELEFON adalah gajet yang tidak asing lagi pada manusia pada masa kini. Mungkin 1/100 orang yang tidak mempunyainya maka tidak hairan ia boleh mengancam dan meragut nyawa manusia akibat lalai menggunakan telefon di tempat yang salah. Teknologi pula semakin canggih sudah semestinya menjadi satu ketagihan pada orang ramai sehingga kebanyakan dari kita dilabel sebagai golongan anti sosial.

Dengan keseronokan melayan aplikasi yang menarik serta gambar menarik sebagai pengguna medial sosial mereka meletakkan dirinya dalam keadaan yang bahaya sewaktu menggunakan gajet masa kini iaitu telefon. Namun adakah anda sedar perkara ini sebenarnya sangat memudaratkan diri sendiri? Satu kompilasi video yang menceritakan kesan buruk yang boleh membunuh diri sendiri sekiranya kita terlalu leka dengan telefon pintar ini. Rakaman yang dikumpul menjadi satu kompilasi video ini dikatakan banyak terjadi di negara China.

Semoga dengan melihat video ini dapat mengubah pemikiran serta sifat kita agar tidak terlalu taksub dengan telefon mudah alih ini. Mari sama-sama kita tonton video ini.



Sudah pasti kita tidak mahu tergolong dikalangan mereka yang bernasib malang itu bukan? Akibat utama terjadinya tragedi menyayat hati ini adalah berpunca daripada telefon bimbit, dek kerana terlalu fokus dengan keasyikan dunia maya, bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang. Tanpa sedar sebenarnya kecanggihan teknologi pada masa kini ternyata boleh membunuh nyawa manusia.

P/S : Renung-renungkan, Sayangilah diri anda.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon