Thursday, 18 February 2016

Senarai Penuh Harga Kereta Proton Bagi Tahun 2016

Tags

KEMELESETAN ekonomi menjadi punca utama kenaikan harga kereta buatan Proton dilakukan bagi menanggung segala kos pemasangan dan kos pembuatan.

Pembuat kereta nasional iaitu Proton telah menaikkan harga kereta keluaran mereka bermula dari 15 Februari 2016 akibat daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang menyebabkan pembelian bahan mentah kini menjadi mahal. Kadar kenaikan harga baru bagi kereta Proton adalah dari lingkungan RM312 sehingga RM2,021 bergantung kepada varian model dan melibatkan model seperti Proton Saga, Iriz, Persona, Exora, Oreve dan Suprima S.

Senarai Penuh Harga Kereta Proton Bagi Tahun 2016

Sebelum ini pada awal tahun 2016, pengeluar kereta seperti Toyota dan Honda telah menaikkan harga kereta akabiat daripada kos operasi yang meningkat naik. Berikut adalah jadual harga baru kereta Proton bermula 15 Februari 2016 (sumber Proton Edar) yang mengandungi maklumat penting tentang nama model, varian, harga baru OTR bagi Semenanjung Malaysia/ Sabah & Sarawak/ Langkawi dan Labuan. Harga yang dinyatakan telah mengambil kira kadar GST 6%.

Jadual Harga Kereta Proton Terkini 2016
P/S : Semoga ia menjadi satu rujukan kepada peminat kereta Proton yang bercadang untuk membeli atau menaiktaraf kepada kereta Proton yang baru.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon