Sunday, 21 February 2016

Sekitar Gambar Perkahwinan Anzalna Nazir Dan Hanif Zaki

Tags

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita Anzalna Nasir yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan sekali lafaz disaksikan oleh jurunikah Mohd Abd Nasir Bin Abdullah, Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan sepenuhnya di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 1000.Majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Seri Facific, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pasangan ini akan belangsung pada 27 Februari 2016 di Hotel Grand Hyatt.

Sekitar Gambar Perkahwinan Anzalna Nazir Dan Hanif Zaki
P/S: Kami doakan semoga berbahagia sehinggal akhir hayat.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon