Sunday, 7 February 2016

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah

Tags

MUNGKIN anda salah seorang pengemar makanan Sotong Goreng Tepung akan tetapi tidak tahu cara membuatnya untuk menjadi rangup seperti yang dijual di restoran masakan panas.

Kali ini malaysiaviralstory kongsikan sedikit Resepi Istimewa untuk penggemar Sotong Goreng Tepung yang boleh dicuba sendiri di rumah bersama keluarga dan juga sahabat-sahabat. Ingat, pastikan anda mengikut tips di atas dalam mengoreng supaya ianya rangup dan sedap.

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah

Bahan-bahan :

# 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
# 1 cawan kecil tepung gandum
# 1/2 cawan kecil tepung jagung
# 3 sudu besar tepung beras
# Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
# Serbuk lada putih secukupnya
# Serbuk lada hitam secukupnya
# Serbuk kunyit secukupnya
# Sebiji telur dipukul sedikit
# Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam.

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak.

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

P/S : Selamat mencuba pada anda semua. Semoga berhasil menyediakannya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon