Saturday, 6 February 2016

Penjelasan Larangan Pasang Ayat Ruqyah Di dalam Kereta

Tags

SATU penjelasan untuk anda semua sekadar peringatan bersama untuk menjaga keselamatan semasa memandu agar tidak diganggu dengan makhluk halus.

Jangan sesekali memasang ayat-ayat Ruqyah semasa memandu kenderaan, ini kerana orang yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan bertindak balas seperti meracau-raca ia sangat bahaya kepada diri sendiri dan penumpang dalam kenderaan.

Penjelasan Larangan Pasang Ayat Ruqyah Di dalam Kereta. Sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.

Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.
Apa itu Ayat Ruqyah ?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.
Himpunan Ayat Ruqyah terdiri daripada :

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah 1-5
3. Al-Baqarah 102
4. Al-Baqarah 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6. Al-Baqarah 285-286
7. Ali-Imran 18-19
8. Al-‘Araf 54-56
9. Al-‘Araf 117-122
10. Yunus 81-82
11. Toha 69
12. Al-Mukminun 115-118
13. As-Soffaat 1-10
14. Al-Ahqaaf 29-32
15. Ar-Rahman 33-36
16. Al-Hasyr 21-24
17. Al-Jin 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas

P/S : Semoga ia menjadi salah satu panduan buat pembaca malaysiaviralstory

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon