Thursday, 25 February 2016

Pemancing Berjaya Menangkap Seekor Ikan Keli Emas Di Tasik Kenyir

Tags

SEORANG lelaki warga emas bertuah apabila menangkap seekor ikan keli tetapi bukan ikan keli biasa yang berwarna hitam, ianya berwarna pekat keemasan dan sangat jarang dijumpai oleh pemancing di Tasik Kenyir.

Lelaki berkenaan memuatnaik gambar ikan keli keemasan itu yang berjaya ditangkapnya di laman sosial Facebook. Lelaki yang menggunakan nama Mie Lawit untuk akaun Facebooknya itu mendakwa dia menangkap ikan itu di kawasan Tasik Kenyir, Terengganu pada jam 6 petang semalam.

Katanya dia tidak menduga akan mendapat ikan emas berwarna emas ini dan kali pertama melihat ikan keli jenis ini. Ramai Netizen menyatakan ikan keli itu adalah dari spesies Limbat.

Ikan keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar ataupun kawasan sawah. Ikan keli ini mempunyai ukuran tubuh dua kali lebih besar dari keli biasa serta berwarna kuning pekat.

Ikan keli jenis ini juga dipercayai sudah pupus dan sangat jarang ditemui.
P/S : Try timbang berat berapa mana tahu kowt-kowt boleh trade in..HIHI

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon