Saturday, 20 February 2016

Model Telefon Pintar Termurah Di Dunia Hanya Bernilai RM 17

KINI satu syarikat pembuat telefon bimbit dari India, Ringing Bells bakal melancarkan satu model terbaharunya "Freedom 251" pada harga Rs. 251 bersamaan RM 17, ia menjadikan satu telefon pintar paling termurah di dunia dan senang untuk dinikmatinya.

SPEKSIFIKASI FREEDOM 251
- Sistem Android Lollipop 5.1
- Skrin 4-inci dengan paparan 960×540
- Processor 1.3Ghz quad-core
- 1GB Ram
- 8GB memori dalaman dan turut mempunyai slot untuk kad microSD.

“Ini merupakan model flagship kami dan kami yakin ia akan merevolusikan industri,” kata seorang jurucakap Ringing Bells kepada AFP.
Sementara lapor NDTV, antara ciri-ciri telefon pintar ini adalah skrin paparan bersaiz 4 inci, kamera depan 0.3 mega piksel dan kamera belakang 3.2 mega piksel.

Dikatakan telefon pintar ini mendapat subsidi oleh kerajaan India supaya ianya murah dan dapat dibeli oleh rakyatnya.

Syarikat ini akan mula mengambil pesanan Freedom 251 ini bermula 18 Februari dan cuma akan siap akhir bulan Jun.

Sebelum ini, India melancarkan tablet Aakash yang dijual pada harga 3,000 rupee (RM183) sebagai langkah kerajaan untuk menawarkan peranti yang dijual pada harga berpatutan kepada pelajar kolej.

P/S : Terbaik India yang berjaya mengeluarkan model telefon pintar pada kadar RM 17. Fully Respect.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon