Tuesday, 9 February 2016

Misteri Jambatan Laluan Untuk Bunian Di Port Dickson

Tags

JIKA anda berkunjung ke Port Dickson melalui highway pasti anda akan melalui atau melintasi jambatan yang dibina di lebuhraya tersebut. Ia bukannya cerita tahyul tapi ini buktinya.

Jambatan ini telah dibina untuk laluan orang bunian bagi mengelakkan terjadinya kemalangan apabila bunian melintasi lebuhraya tersebut.
Jangan kata ini artikel fitnah.

Ini cuma untuk penjelasan sahaja. Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai cerita jambatan bunian di Port Dickson. Jambatan berkenaan terdapat di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.

Cerita yang tersebar kononnya jambatan berkenaan dibina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintasi lebuhraya. Apatah lagi kemalangan kerap berlaku di kawasan berkenaan.

Ada juga cerita yang mengatakan ada perjanjian antara manusia dengan bunian. Dua jambatan berkenaan dibina bagi mengelakkan malapetaka berlaku.

Misteri cerita jambatan bunian di Port Dickson akhirnya terjawab – Errkk... Macam pelik juga bunyinya. Bunian ni perlukan jambatan ke untuk lintas jalan? Bagaimana pula dengan cerita perjanjian antara manusia dengan bunian? Elak malapetaka? Fuh, makin suspen juga kami bila cari maklumat dan menulis pasal artikel ini.

Hmm.. Berdasarkan sumber awal, janganlah kita mudah percaya dengan cerita-cerita sebegitu. Bukan bermaksud kami nak menafikan kewujudan ‘mereka’ namun sebenarnya jambatan berkenaan dibina bagi laluan haiwan untuk melintasi jalan (wildlife crossing) dari dua kawasan hutan yang ada ditepi lebuhraya berkenaan. Kebanyakkan negara lain sudah lama mengaplikasi kaedah ini begi mengelakkan haiwan liar kemalangan.

Namun begitu, ada cerita lain juga yang keluar dari mereka yang tinggal di kawasan berdekatan. Ada yang mendakwa, jambatan berkenaan tidak boleh digunakan pun oleh haiwan kerana terdapat pagar yang menghalang laluan. Oleh itu mereka menafikan jambatan itu adalah untuk kegunaan haiwan liar melintas.

P/S : Semoga kita dijauhkan dari segala-galanya dan selamat menuju ke destinasi.

Wallahuaalam...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon