Friday, 19 February 2016

Kisah Sebenar Budak Darjah Satu Tak Pernah Tinggal Solat Dhuha

Tags

TERSENTUH hati seakan-akan malu melihat dengan perbuatan seorang budak tahun satu ini apabila tidak pernah miss dengan mengerjakan Solat Sunat Dhuha semasa berada di sekolah. Ungkapan yang patut diberikan SEJUK perut ibu mengandung apa yang telah dilakukan oleh budak yang sangat baik ini.

Ia satu sifat keperibadian yang tinggal ada pada murid lelaki Tahun 1 di SK Sultan Ismail mendirikan Solat Sunat Dhuha. Individu yang merakamkan gambar berkenaan memberitahu, murid berkenaan tidak pernah ketinggalan mendirikan solat dhuha setiap hari di saat rakan-rakannya yang lain pergi makan atau bermain pada waktu rehat.

APA ITU SOLAT SUNAT DHUHA?

Solat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan daripada terbit matahari hingga menjelang masuk waktu zuhur. Mereka yang mengerjakannya secara konsisten dijanjikan Allah Taala rezeki yang melimpah ruah.

Jika seorang anak yang baru berusia 7 tahun mampu melakukannya tanpa culas setiap hari hingga mengabaikan keinginannya untuk bermain dengan rakan-rakan, maka ibu bapa anak ini harus dipuji kerana berjaya mendidik anak mereka dengan nilai Islam yang baik.

P/S: Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak kita seperti ini. In Sha ALLAH.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon