Friday, 12 February 2016

Kisah Juruterbang MH 370 Ditemui Selamat

Tags

Kuala Lumpur – GEMPAR seketika yang diterbitkan oleh satu portal berita kononnya pilot pesawat MH 370 yang hilang hampir dua tahun ditemui selamat di Taiwan. Ia adalah satu berita PALSU.

Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.

Kapten Zaharie ditemui selamat?

Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu.

Memetik laporan Kuala Lumpur Post, berita yang tersebar mengenai penemuan juruterbang MH370, Kapten Zaharie adalah rekaan semata-mata.

Berikut satu gambar yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
P/S : Sama-sama kita titipkan DOA kepada mereka seandainya mereka masih hidup.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon