Sunday, 21 February 2016

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Hantu Di Singapura

Tags

MELALUI video yang diupload di laman sosial Facebook Singapore Reckless Drivers, seorang pemandu terkejut apabila kenderaannya secara tiba-tiba dilanggar oleh penunggang motosikal yang tiba-tiba muncul di Jalan Jurong West Street 42.

Pada permulaan video, pemandu kenderaan Nissan Latio itu kelihatan sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat. Setelah bertukar hijau, dia memandu masuk ke kanan jalan.

Namun secara tiba-tiba muncul pembonceng motosikal dari arah itu, mengakibatkan berlaku perlanggaran.

Perhatikan video ini pada selang masa 0:17 saat, persoalannya ialah dari mana datangnya motosikal terbabit?

Apa-apa pun, mujurlah pemandu dan kedua-dua pembonceng skuter berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

Video mengenai kemalangan pelik tersebut kini giat dikongsikan di media sosial Singapura.

P/S : Mungkin terlalu laju sehingga tiada kesan rakaman dalam video tersebut.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon