Sunday, 14 February 2016

Indonesia Bakal Keluarkan Jet Rekaan Sendiri Pada 2024

Tags

SATU sejarah akan tercatat pada tahun 2024, Indoneisa akan memperkenalkan secara rasmi bakal mengeluarkan satu jet pejuang yang dinamakan Indonesia Fighter Xperiment(IFX) 4.5 Generation yang bakal menjaga keamanan negara Indonesia.

Lakaran grafik pesawat IFX yang akan dikeluarkan Indonesia. Menurut laporan HarianMetro, jet pejuang tersebut akan mula dipasang pada tahun 2020.

Pada Januarai lalu, Indonesia telah menandatangani persetujuan berkerjasama dengan Kementerian Pertahanan dan Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan.

Dalam perjanjian tersebut, DAPA akan bekerjasama dengan Syarikat Pesawat Negara, PT Dirgantara Indonesia (PTDI) dalam membangunkan pesawat prototaip yang dijangka siap pada 2019.

Sasaran mereka adalah jet pejuang Indonesia ini boleh beroperasi menjelang tahun 2024 atau selewatnya 2025.

Maka, prototaip perlu dihasilkan untuk menjalani ujian penerbangan.

Jet pejuan Indonesia atau singkatannya IFX ini akan digunakan oleh tentera Indonesia dan kemungkinan juga pesawat ini akan dijual ke negara lain.

Seramai 300 saintis dan jurutera dihimpunkan dari Indonesia untuk menjalankan kajian dan penyelidikan projek tersebut di Seoul Korea.

P/S : Malaysia?? Sibuk nak bergaduh dalam facebook. Tetapi tiada kemajuan kepada negara yang dilakukan

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon