Tuesday, 2 February 2016

Harga Kereta Proton Akan Dinaikkan Mulai 15 Februari 2016

Tags

KUALA LUMPUR – Proton adalah Pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Berhad (Proton) akan melaksanakan langkah yang drastik yang melibatkan kenaikan harga semua model kereta keluarannya berkuat kuasa mulai 15 Februari 2016.
Kenaikan tersebut sejajar dengan kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan kebanyakan bahan mentah untuk pembuatan kereta berkenaan adalah dibeli dalam mata wang asing.
Penyusutan kadar tukaran ringgit sepanjang tahun lalu turut banyak memberi kesan besar kepada kos operasi syarikat tersebut sekali gus impak keseluruhan rantaian eko-sistem, kata kenyataan Proton itu lagi.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat berusaha keras dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia berkata, senarai penuh semakan semula harga tersebut akan dinyatakan menerusi laman web Proton apabila harga baharu mula berkuat kuasa.

P/S : Pakai kapcai la rakyat malaysia nanti.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon