Thursday, 11 February 2016

Harga Jersi Baru PQP TRW 2016 Jenama DSV

Tags

MENARIK melihat jersi yang diperagakan oleh pemain-pemain PQP TRW kali ini dengan menampilkan pelbagai variasi warna dengan warna terbaru pada Pahlawan Merah The Reds Warriors yang berwarna jambu atau dikenali 'Pink'. Kali pertama menaja sebuah pasukan banyak yang telah diubah dan diperbaharui oleh Datuk Seri Vida untuk menguatkan lagi pasukan PQP TRW bagi musim yang sangat mencabar.

Kami kongsikan Harga Jersi Baru PQP TRW 2016 Jenama DSV yang sangat murah dan berpatutan dan juga mampu milik. Disini kami ingin selitkan sedikit info yang pasti anda terfikir untuk memilih baju tersebut.

Harga Jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors 2016

Edisi Mantera : RM 68
# Untuk edisi Mantera ia diperagakan oleh kapten sejati dari TRW PQP iaitu Mohd Badhri Radzi a.ka. 'Piya'.

Edisi Millenia : RM 98
# Untuk edisi Millenia ia diperagakan oleh pertahanan baru PQP TRW iaitu Muslim Ahmad.

Edisi Supra Player : RM 168
# Untuk edisi Supra Player ia diperagakan oleh pertahanan import PQP TWR iaitu Jonathan McKain.

P/S : Semoga ia menjadi panduan untuk anda untuk memilih jersi Original jenama DSV. Jangan lupa jersi ini boleh memutihkan kulit dan juga menguruskan badan si pemakai.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon