Wednesday, 17 February 2016

Hanya Orang Melayu Bising Kerajaan Malaysia Bawa Masuk Warga Bangladesh

Tags

BERHUBUNG dengan isu pengambilan pekerja asing dari Bangladesh, Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid juga telah masuk campur dek kerana ramai nitezin tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia.

Hanya Melayu yang bising, bukan melayu tidak persoalkan pun usaha kerajaan membawa masuk sejumlah pekerja asing ke Malaysia. Itulah kata-kata yang disampaikan oleh Anak TPM.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.
Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. Kredit : Siakapkeli

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon