Thursday, 11 February 2016

Gambar Kek Hari Jadi Neelofa Bernilai RM 6,000

Tags

SELAMAT HARI JADI DIUCAPKAN PADA NEELOFA. Pada tanggal 10 Februari lepas ia adalah merupakan hari jadi Neelofa yang ke 27 dan satu majlis hari jadi telah diadakan oleh adik beradiknya serta rakan karib di hotel JW Marriot Kuala Lumpur.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kek hari jadi beliau yang tampak cukup mewah dan eksklusif dengan taburan ribuan kristal Swarovski. Menurut portal BH ONLINE, kek tersebut diilhamkan daripada kasut jenama mewah kegemaran Neelofa dan ia mengambil masa sehingga 20 jam untuk disiapkan.

Walaubagaimanapun, kek Neelofa menjadi viral apabila adiknya memuat naik foto kek berkenaan di Instagram dan memberitahu ia bernilai RM 6,000. Wow! Dasyat.. It took over 20 hours to work on this cake, and now I understand why the price is RM6k but sure is worth it! @butterflykek

Malah Neelofa juga ada menggunakan hashtag #kenyangtigaharimakankekenamribu.
Thanks to all my friends for the swarovski cake #kenyangtigaharimakankekenamribu

Boleh tahan mahal juga harga kek Neelofa, tetapi sesuai lah dengan beribu kristal yang menghiasi kek berkenaan. Sekali sekala “merasa” sesuatu yang mewah setelah bekerja keras apa salahnya bukan? Heh..

P/S : Macam mana la rasenya. Berbaloi tak dengan 6k tuh..HUHU

Sumber : BHonline

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon