Friday, 5 February 2016

Gambar Jersi Terbaru Skuad Selangor 2016

Tags

LIGA Malaysia akan kembali bersiaran di kaca tv anda dimana banyak pasukan dari tanah air telah memperkenalkan kemasukan pemain-pemain dan Jersi terbaru bagi mengharungi musim baru 2016.

Pasukan Selangor yang telah mencapai misi 33 dengan bergelar Juara Piala Malaysia telah melancarkan jersi baru mereka untuk musim ini.

Majlis pelancaran Jersi Selangor telah diadakan pada hari sabtu 6 Februari jam 11.00 Pagi bertempat di SACC Mall Shah Alam. 3 jersi dengan jenama Lotto telah dilancarkan iaitu home, away dan jersi ketiga.

Berikut adalah serba sedikit maklumat berkenaan jersi Selangor 2016 yang baru dilancarkan hari ini :-

1. Jersi pertama Selangor (Home)
Gabungan warna Merah dan Kuning dengan seluar merah

2. Jersi kedua (Away)
Warna utama adalah Kuning dengan campuran warna merah dan putih beserta seluar putih.

3. Jersi ketiga
Dengan warna hijau sebagai warna utama. Sedikit warna hitam dengan seluar berwarna hitam.

4. Jersi penjaga gol
Gabungan warna hitam dan pink dipadankan dengan seluar hitam.

Berikut dikongsikan gambar jersi Selangor 2016 buat pasukan yang beraksi di Liga Super, Piala FA dan AFC Cup 2016.
P/S : Good luck kepada pasukan Selangor. Semoga Jersi Selangor 2016 ini mampu menyemarakan semangat pemain-pemain Selangor dalam aksi Liga Malaysia dan AFC Cup 2016 nanti.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon