Sunday, 28 February 2016

Gambar Anak Kecil Bersama Wang Berjuta Ringgit Cetus Persoalan

Tags

SATU foto yang diupload di laman sosial menjadi buah mulut dan menjadi satu tanda tanya, siapakah pemilik wang tersebut yang begitu banyak. Ia dianggarkan mencecah jutaan ringgit di sebuah bilik hotel yang dipercayai di ibu kota.

Berdasarkan gambar tersebut, kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun yang memakai baju tidur duduk di lantai dan bersandar tepi katil.

Di hadapannya terdapat wang kertas RM100 dan RM50 yang siap diikat serta disusun di dalam sebuah beg besar yang mempunyai tag daftar sebuah penerbangan tambang murah tempatan.

Terdapat juga seikat wang kertas RM1, RM5 dan RM10 di­le­takkan di dalam bagasi berke­naan.

Turut kelihatan ialah beg plastik putih yang dipercayai mengandungi sejumlah lagi wang di sebelah kanak-kanak berkenaan. Di sebelah beg plastik itu terdapat satu lagi bagasi berwarna merah jambu.

Gambar itu juga menimbulkan seribu persoalan antaranya bagaimana wang yang begitu banyak boleh berada di dalam bilik hotel, untuk tujuan apa dan kaitannya kanak-kanak ter­sebut. Motif penyebaran gambar tersebut juga tidak diketahui.

P/S : Kalau da berduit jangan terlalu menunjuk. kan sudah disiasat dari mana datangnya wang sebegitu banyak

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon