Thursday, 25 February 2016

Gadis Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan iPhone

Tags

SEORANG wanita ini sanggup bergadai nyawa dengan tekad untuk terjun kedalam tasik semata-mata untuk 'menyelamatkan' telefon pintar iPhone 5 miliknya yang telah terjatuh.

Kejadian berlaku ketika wanita itu bersiar-siar di Taman Longtan sebelum telefonnya terjatuh ke dalam tasik.

Tanpa berfikir panjang dan tidak hiraukan bahaya yang mungkin menimpa, wanita berkenaan terus terjun ke dalam tasik dan menyelam untuk mencari telefon miliknya itu.

Seorang saksi berkata, dia berjalan di taman itu sebelum mendengar bunyi percikan air kuat.

Dia sangkakan ada orang terjatuh dan segera ke tempat kejadian sebelum melihat seorang wanita berenang di tasik tersebut.

“Wanita itu berada tidak jauh dari tebing dan saya melihat dia beberapa kali menyelam di dalam air.

“Tidak lama kemudian wanita itu timbul sambil memegang telefon bimbitnya dengan perasaan gembira,”katanya.

Sementara itu, pihak pengurus taman memberi amaran, tindakan wanita itu sangat bahaya kerana tasik berkenaan mempunyai kedalaman lebih dua meter.

Tindakan wanita itu tidak mengejutkan kerana golongan muda di China sanggup buat apa sahaja untuk miliki telefon pintar iPhone.
P/S : Ini namanya apabila teknologi menguasai diri kita. Apa saja manusia lakukan demi gadjet.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon