Wednesday, 24 February 2016

Cara Mudah Untuk Dapatkan Dekan Di IPTA/IPTS

Tags

SATU perkongsian ringkas untuk pelajar-pelajar untuk menyandang gelaran dekan menjadi viral apabila seorang mahasiswi bernama Amni Azharan menerangkan tips yang digunakan olehnya untuk menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang. Perkongsian tersebut mendapat hampir 4000 “shares” di laman sosial facebook. Antara tips yang dikongsikan adalah:-

1. Pilih subjek major dan minor yang membuat anda ingin belajar, ingin tahu dan kaji.

2. Jangan biarkan kejayaan kecil melekakan anda, kebanyakkan orang lupa diri apabila mencapai kejayaan. Ingat “The higher you step on, the more you need force & energy. The higher level you’re in, the more effort you need to put on.”

3. JANGAN SKIP CLASS

4. Masuk dalam kelas sebelum professor sampai, nampak macam mudah kan tetapi tak semua berjaya lakukan perkara ini.

5. Jangan bergantung kepada kawan untuk dapat markah yang baik.

6. Jaga kesihatan anda, makan makanan yang sihat dan jangan lupa minum air masak.

7. Berhenti belajar sehingga merasa pening dan keliru, itu menunjukkan anda perlu merehatkan minda anda. Ingat! Perkara baru yang anda tidak pernah kaji memang selalu akan memeningkan anda. Tapi JANGAN GIVE UP!

8. Habiskan masa untuk ulangkaji subjek yang anda pelajari dan jawab soalan tahun lalu untuk menguji minda anda.

9. Bersyukur dan berdoa selalu kepada Allah, Dia memiliki semua ilmu pengetahuan. Insha Allah semuanya akan diberkati.

Akhir kata dari Amni Azharan,

“وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ”
“Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” AlBaqarah, ayat 195

P/S :Semoga bermanfaat.

Sumber Facebook Amni Azharan.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon