Friday, 5 February 2016

Cara Berkesan Menghilangkan Selulit Pada Tubuh Anda

RAMAI yang pening memikirkan cara mudah untuk menghilangkan selulit di bahagian tubuh badan kita bukan? Walaupun terdapat banyak krim untuk menghilangkan penyakit tersebut di pasaran luar dan dalam negara, akan tetapi ianya masih tidak berkesan untuk jangka masa panjang.

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggunakan cara semula jadi yang lebih selamat dan terjamin dengan melihat apa yang kami sediakan dibawah.

KOPI adalah jawapan untuk masalah selulit. Untuk pengetahuan anda, hampas kopi yang dicampur dengan minyak zaitun akan membuat peredaran darah semakin lancara serta memperbaiki struktur kulit yang mengalami selulit.

Proses penyediaannya juga mudah, anda hanya perlukan:-

A) hampas kopi
B) minyak zaitun secukupnya

Cara menyediakannya :-

1. Hampas kopi dicampur dengan minyak zaitun, kacau sehingga menjadi pes.
2. Gosokkan pes tersebut di kawasan selulit.
3. Kopi akan bekerja sebagai skrub.
4. Beri urutan ringan selama beberapa minit dengan gerakan memutar.
5. Bilas bahagian yang terkena kopi, keringkan dengan tuala bersih.



P/S : Ia sangat mudah bukan ? Anda boleh menggunakan skrub ini seminggu sekali.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon