Thursday, 11 February 2016

Biodata Penuh Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Ditembak Mati

Tags

MELALUI laporan polis, individu yang pernah viral dilaman sosial mengenai isu JPJ telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Khamis susulan ditembak dengan 6 das tembakan pistol oleh dua suspek yang menunggang motosikal di Jalan Keramat Pulau Pinang.

Pada waktu kejadian, mangsa yang berketurunan India Muslim menaiki kenderaan jenis Mercedez Benz telah diserang penunggang motosikal dan ditembak berhampiran jalan raya.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang menyedari telah diekori oleh dua suspek cuba memberhentikan kenderaannya sebelum maut ditembak dari jarak dekat. Terdahulu, Syed Amin Zainul Abidin atau nama Facebook Amin Beyond pernah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila memuat naik video perselisihan faham di pejabat JPJ. Dalam kandungan video berkenaan, Syed Amin lantang bersuara mengenai ketidakpuas hatinya dengan isu rasuah dalam kalangan anggota JPJ yang menjul kenderaannya yang disita sejak tahun 2001 lalu dijual kepada individu yang lain tanpa melakukan pertukaran hak milik.

Biodata Penuh Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Ditembak Mati

Nama Penuh: Syed Amin Zainul Abidin

Umur: 46 tahun

Asal: Pulau Pinang

Bangsa: India Muslim Malaysia

Pekerjaan: Pengusaha Car Wash dan Pemilik Restoran Nasi Kandar

Nama Facebook: Amin Beyond

Gambar Arwah Syed Amin Zainul Abidin
P/S : Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon