Wednesday, 3 February 2016

Biodata Penuh Ahmad Bashah Menteri Besar Baru Kedah

Tags

Berkuatkuasa 3 Februari 2016, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan dilantik sebagai Menteri Besar Baru Kedah bagi menggantikan posisi MB terdahulu iaitu anak kepada Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Umum kita tahu ramai yang sangat menyukai pemerintahan Mukhriz sebelum ini. Difahamkan, Mukhriz telah melepaskan jawatan MB susulan desakan pergelutan kemelut politik daripada 14 ketua UMNO Kedah yang mendakwa Mukhriz tidak mentadbir dengan baik.

Akur dengan desakan tersebut, akhirnya Mukhriz mengundur diri dengan meletak jawatan sebagai MB Kedah dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Biodata Penuh Ahmad Bashah Menteri Besar Baru Kedah Nama Penuh: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Umur: 66 Tahun

Tarikh Lahir: 10 Oktober 1950

Asal Kelahiran: Kedah

Tempat Lahir: Mukim Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Parti Politik: BN/ UMNO

Tarikh Istiadat Pelantikan MB Kedah: 4 Februari 2016 (Khamis)

Jawatan Terdahulu: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Jawatan Terkini: Menteri Besar Kedah

Agenda Pelantikan Menteri Besar Kedah: 14 ketua Umno Kedah yang diketuai oleh Ahmad Bashah, mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari 2016, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk membuang Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Ketua Umno negeri.

Desakan Ahmad Bashah Terhadap Mukhriz: Mukhriz didakwa telah gagal untuk menguruskan negeri dengan cekap dan tidak mempunyai apa-apa rancangan strategik untuk Umno Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pingat Anugerah: Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (D.H.M.S ), Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (JP) pada tahun, Kesasteria Mangku Negara (KMN), Setia Diraja Kedah (SDK), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Kebaktian Masyrakat (BKM), Pingat Pangkuan Negara (PPN), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), dan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K).

Kejayaan: Menang pilihanraya di Kawasan N12 Bakar Bata Kedah tiga kali berturut sejak 1994, 2004 dan 2008

P/S : Tahniah kepada Ahmad Bashah yang kini telah bergelar sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Sumber: melvister.com

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon