Saturday, 20 February 2016

3 Perkara Yang Harus Dirahsiakan Kepada Orang Ramai

Tags

SETIAP manusia ada rahsia yang tidak dapat dibongkar oleh sesiapa kan kan. Namun ada rahsia perlu diberitahu dan juga ada rahsia yang tidak patut diberitahu kepada umum. Nak tahu apa 3 perkara harus dirahsiakan pada orang ramai. Baca artikel malaysiaviralstory sediakan dibawah tanpa was-was.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

Pertama: Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ketiga: Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala. Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.

P/S: Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon