Friday, 15 January 2016

Wanita Cantik Berkahwin Dengan Mayat Kekasih

Tags

THAILAND - Pelik. Tapi ia adalah realiti yang ditempuhi oleh seorang wanita yang menerima kekasih walaupun sudah mati tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya di hari pengebumian lelaki itu.

Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.

Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.
Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.

P/S : Cinta seorang wanita yang sangat mendalam sehinggakan sanggup menerima kekasihnya walaupun sudah mati. SALUTE THIS GIRL.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon