Wednesday, 20 January 2016

Video Pramugari RyanAir 'Tidak Mahu Mati' Jadi Viral

Tags

RyanAir kini mencetuskan kontroversi dengan seorang pramugari penerbangan RyanAir dilihat tersilap memberi pengumuman atau berlaku biadap membuat pengumuman pada penumpang penerbangan tersebut.

Pramugari berkenaan memberitahu pesawat itu tidak dapat beroperasi akibat lapisan salji tebal pada permukaan sayap pesawat tersebut.
“Ada lapisan ais pada sayap pesawat, kami tidak mahu mati!” katanya.
Penerbangan FR5773 itu yang sepatutnya bertolak ke Dublin dari Lapangan Terbang Glasgow merupakan antara penerbangan di United Kingdom yang ditangguhkan berikutan salji teruk yang melanda sebahagian besar negara tersebut.

Menurut beberapa media antarabangsa, rakaman itu telah dikongsi di laman Facebook oleh salah seorang penumpang penerbangan terbabit.

“Membangkitkan lagi kemarahan penumpang yang sudah cemas,” tulis penumpang tersebut di akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, video tersebut kemudian dipadamkan daripada Facebook.

Syarikat penerbangan Ryanair dalam satu kenyataan berkata mereka akan menyoal siasat pramugari terlibat serta memohon maaf atas komen sensitif yang dibuat oleh pekerjanya itu menurut Astroawani.



P/S : Harap diperbaiki segala kelemahan tersebut.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon