Thursday, 21 January 2016

Tips Mudah Melalui 'Roadblock' Dengan Cara Paling Selamat

Tags

RAMAI yang takut dan menggelabah bila ternampak roadblock mengejut di depan mata. betul kan? Rasanya tak perlu takut jika anda tidak bersalah. Abang polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, admin ada tips sikit nak kongsi dekat korang semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ni’ .

Tips Mudah Melalui 'Roadblock' Dengan Cara Paling Selamat

Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main…

1. Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu.
2. Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap.
3. Turunkan tingkap.
4. Lemparkan senyuman pada pihak polis dan bagi salam untuk umat islam.
5. Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta.
6. Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum.

Kan elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa” eh!. Senang Polis kerja pun tak stress. Kesian abang-abang polis bersengkang mata nak cegah jenayah, walaupun dah tugas mereka, kita ni bagi la senyuman sebagai pertolongan sesama manusia. Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.

P/S : Semoga ia menjadi panduan dan manfaat kepada anda.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon