Friday, 22 January 2016

Taktik Baru Penipu Guna Foto Budak Sakit Untuk Kaut Untung

Tags

KERANA duit manusia kini boleh menjadi seganas binatang demi memiliki kepentingan diri sendiri dan melakukkan apa sahaja sehingga mendapat apa yang mahu dimilikinya. Terbaru sindiket terbaru yang berada di Malaysia, cara terbaru untuk senang mendapatkan duit dari orang awam. Dan sedihnya, ramai orang Islam yang sanggup berbuat demikian tanpa memikirkan ianya halal dan haram.

Muncul pelbagai jenis sindiket semata-mata untuk mengaut keuntungan. Yang paling popular semestinya menggunakan anak-anak yatim.

Anda pasti pernah didekati golongan kanak-kanak yang masih bersekolah ini di kedai-kedai makan bukan?

Kebanyakan akan datang dan meminta sedekah, sambil mendakwa dana sumbangan itu akan disumbangkan dan digunakan untuk membina masjid, tahfiz, sekolah agama, pusat kebajikan, rumah anak-anak yatim dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berniat untuk membantu, sejumlah wang akan dihulur kepada kanak-kanak ini dengan ikhlas. Tapi, sama ada dakwaan mereka itu betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Ada orang cakap, ini semuanya sindiket.

Selepas anak-anak yatim, sekarang muncul pula sindiket terbaru.

Kali ini, kanak-kanak dengan penyakit kronik pula dijadikan sebagai 'umpan' bagi menjerat mangsa-mangsa yang mudah terpedaya.

Sekali pandang, rasa macam tak ada apa-apa yang musykil tentang posting tersebut. Luluh hati melihat keadaan anak kecil yang menderita sebegitu. Sehingga...

Nampak apa-apa yang tak kena?

Pertama: Akaun yang digunakan adalah sama iaitu akaun Maybank Muhammad Amirul dengan nombor 164333327061.

Kedua: Gambar budak yang dimuat naik BERBEZA. Cuba tengok betul-betul. Adakah ini bermaksud Muhammad Amirul ini mempunyai dua orang anak yang memerlukan bantuan perubatan?

Ketiga: Amirah Syaqilah sebelum ini menggunakan nama NurAini Mustafa. Lihat, profile picture kedua-dua individu ini sama, malah tarikh bagi kedua-dua posting itu pun sama iaitu pada 23 Disember 2015. Satu dibuat pada 10:09 pagi, satu lagi dibuat pada 2:41 petang.
Akaun sama dengan nama berbeza. Kedua-dua posting dibuat pada tarikh yang sama.

Bukan itu saja. Ada banyak lagi posting yang lebih kurang serupa. Nombor akaun yang tertera masih lagi milik Muhammad Amirul, tetapi gambar kanak-kanak yang digunakan semuanya berbeza.
Nama bapa kepada budak ini bukan Muhammad Amirul. Afifah Syahirah pula yang menipu.
Masih lagi Muhammad Amirul tapi dengan gambar budak lain. Nilai yang diperlukan adalah sebanyak RM300,000!
Muhammad Amirul lagi. Kali ini gambar anak siapa pula dia pakai.

Yang ini pula, gambar budak sama. Cuma kali ini nombor akaun CIMB milik Muhammad Amirul pula diberi, bukan Maybank.

Rasa terkejut dan tertipu menjalankan sedikit siasatan ke atas nombor akaun tersebut.

Yang menariknya, kedua-dua akaun ini memang wujud. Nama penuh individu ini adalah Muhammad Amirul Iskandar Bin Azhar Affan.
Ada siapa-siapa kenal?

Tergamak sungguh menipu menggunakan gambar kanak-kanak sakit. Entah berapa ribu lah agaknya si Amirul ni dah dapat. Anda di luar sana kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

P/S : Mohon pihak berwajib mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada penipu besar ini dan tidak mudah percaya terhadap segala yang dipaparkan di laman sosial. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon