Sunday, 17 January 2016

Syarikat Global Dari Thailand Minat Taja Johor Darul Takzim (JDT)

Tags

MUSIM 2016 adalah musim yang paling banyak dengan penajaan. Terdahulu JDT menerima penajaan dari Sultan Johor dengan dana bernilai RM 50 Juta dan ditambah lagi RM 50 juta untuk menyuntik semangat JDT. Terbaru, syarikat yang berpengkalan di Thailand berminat untuk menaja Juara Piala AFC 2015 Johor Darul Takzim selepas berjaya menarik minat di peringkat antarabangsa.

Perkhabaran baharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook skuad Harimau Selatan iaitu Johor Southern Tigers (JST), sebentar tadi. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, berkata berita baik berkenaan diperoleh ketika permulaan jelajah pasukan itu di negara jiran terbabit semalam untuk aksi pra musim menentang dua kelab negara Gajah Putih itu.
"Kita mendapat maklumat ada syarikat korporat besar yang beroperasi di negeri itu yang mahu menaja pasukan kita. "Saya dimaklumkan, syarikat korporat itu turut menaja beberapa pasukan yang beraksi di Eropah.
"Jadi, secara tidak langsung ini menyatakan jenama JDT sudah berada di tahap antarabangsa," katanya. Ismail berkata, rundingan antara JDT dan syarikat korporat itu sedang giat dijalankan. Katanya, sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua penyokong setia skuad Harimau Selatan itu selepas ini.

P/S : Meriah dengan penajaan, harapan kami cuma mengharapkan kualiti permainan bola sepak di Malaysia boleh ditingkatkan dan buktikan pada negara-negara Asia.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon