Monday, 11 January 2016

Sifa Jujur Seorang Warga Bangladesh Terhadap Lelaki Warga Malaysia

Tags

NEGARA Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang paling banyak menerima kemasukan pendatang asing majoriti dari negara Bangladesh.

Rakyat mereka dikenali dengan sikap yang sangat rajin bekerja dan rata-rata tempat kerja dipenuhi dengan pekerja asing. Tidak kira dimana sahaja confirm ada sorang dua. Tidak kira di petrol pam, kedai makan, security guard mahupun kedai-kedai mamat yang sudah menjadi lubuk pendapatan mereka semua.

Media sosial pernah digemparkan dengan Isu seorang lelaki menampar seorang pekerja warga Bangla gara-gara mengotorkan kereta beliau pernah menjadi viral suatu ketika dahulu. Hukuman yang diberi ternyata tidak setimpal dengan kesilapan yang tidak seberapa itu, Status ‘menumpang’ membuatkan ada sesetengah pihak melayan mereka dengan kasar dan bersikap “ racist “ adalah tidak sepatutnya berlaku. Walaubagaimanapun, mereka tetap manusia biasa dan juga masih mempunyai hati dan perasaan bukan? Kadang-kadang hati mereka jauh lebih baik berbanding dengan kita yang tanpa disedari mempunyai sifat sombong dan bongkak dalam diri. Apa yang ingin dikongsi pada kali ini merupakan kisah kejujuran dan keikhlasan seorang warga Bangla terhadap seorang lelaki warga Malaysia ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Ekhwan berkongsi cerita mengenai keikhlasan warga Bangla ini di laman Twitter beliau memberi seribu satu makna dan mesej yang tersirat kepada orang ramai. Kejujuran warga Bangla itu mungkin membuka mata bagi sesetengah pihak agar tidak meneruskan sifat perkauman terhadap warga asing di luar sana. Walau apa sekalipun, admin tidak bermaksud supaya anda semua memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap warga asing ni ya. Cuma,tidak salah jika kita sentiasa bersifat rendah diri antara satu sama lain. Hormat menghormati itu penting.

P/S : Pesanan dari penulis usahlah kita menindas mereka, terimalah seadanya. Pemerintah boleh terima xkan kita xboleh..HIHI

Sumber : sajakongsi

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon