Thursday, 14 January 2016

Siapa Sebenarnya Rashid Kini Telah Terjawab

Tags

VIRAL di laman sosial yang mencari jawapan siapakah pemilik fanpage yang secara tiba-tiba menjadi popular dan diminati oleh pengguna facebook. Dengan menggunakan tagline yang diberikan "JADILAH SEPERTI RAHSID" kini fanpage miliknya telah mencecah 250k follower yang mana kami tahu page tersebut baru dibuat dalam 3 hari.

Disini malaysiaviralstory ingin berikan jawapan siapa gerangan pemilik Rashid dan akan dijawabkan di bawah.

Nama Rashid sebenarnya tidak menyentuh kepada mana-mana individu tetapi maksud Rashid atau Mursid dalam bahasa arab adalah petunjuk jalan. Jika anda perasan, setiap post yang dipaparkan memaparkan mesej kepada kita yang melakukan aktiviti harian dengan cara yang salah.

Watak Rashid yang memainkan peranan membetulkan anda semua.
Ya kami sebagai Muslim tahu contoh terbaik adalah Rasulullah S.A.W tetapi selagi apa yang Rashid buat tidak bertentangan dengan ajaran Rasullullah, apa salahnya. Ujar Admin Jadilah Seperti Rashid.
Jadi, kepada pengikut page ini, pastikan anda mengikut page yang Official di laman sosial. Terdapat ada page fake yang dijumpai oleh admin page Jadilah Seperti Rashid. Hargailah karya mereka. Rashid kan budak baik.

P/S : Kami SALUTE dengan perbuatan anda Rashid, penyampai sesuatu yang berguna untuk pengguna-pengguna laman sosial. Give me five

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon