Friday, 15 January 2016

Senarai Permohonan Diwajibkan Pada Lepasan SPM

Tags

MUNGKIN sesetengah individu terfikir samada melanjutkan pelajaran atau terus bekerja. Bagi penulis adalah baik melanjutkan pelajaran kerana kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi pada hari ini yang perlu kita harungi.

Anda daripada lepasan SPM tidak tahu hala tuju anda ? Jangan bimbang kerana pihak kami akan menyenaraikan senarai permohonan yang harus anda pohon bagi lepasan SPM atau setaraf untuk anda menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi.

Senarai Penuh Permohonan Diwajibkan Pada Lepasan SPM

1. Matrikulasi: Jika berjaya menerima tawaran Matrikulasi, calon akan mengikuti program asasi selama satu tahun dan dua tahun. Program matrikulasi KPM juga dapat memendekkan perjalanan anda untuk mendapatkan segulung Ijazah.

2. Maktab Perguruan: Maktab Perguruan biasanya akan dibuka pada pertengahan Bulan Februari atau selewatnya pada Bulan Mac setiap Tahun.

3. Permohonan UPU/ IPTA: Permohonan UPU biasa akan dibuka pada hujung bulan Januari.

4. Politeknik/ Metro/ ILKA/ Konvensional/ IKBN: Bagi calon yang berminat dalam bidang kemahiran, adakah digalakkan untuk memohon kategori ini.

5. UNIKL/ GMI/ KKTM/ IKM: Senarai kolej dibawah Majlis Amanah Rakyat ini adalah khusus bagi bumiputera/ melayu yang minat dalam bidang kemahiran.

6. Diploma Jururawat USM: Diploma jururawat USM sesi 2016/ 2017 pula akan dibuka mulai 25 Februari 2016.

7. SPA8: Lepasan SPM juga wajib memohon untuk megikuti kursus Diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam seterusnya mendapat kontrak pekerjaan dengan kerajaan.

8. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS): Bagi yang gagal mendapat tawaran diatas, jangan risau kerana anda boleh masih menyambung pengajian di IPTS yang diiktiraf oleh MQA. Anda juga boleh dapat peluang dan masa depan yang cerah di IPTS.

P/S : Bagi lepasan SPM kami doakan anda yang terbaik. Semoga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Sumber: melvister.com

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon