Saturday, 16 January 2016

Satay Dijual Dengan Harga 30 sen Secucuk Niat Untuk Sedekah

Tags

NIAT yang murni akan memurahkan rezeki kita di dunia ini. Masih ada segelintir masyarakat di zaman sekarang memilih menanam niat untuk bersedekah sambil berniaga. Kos sata hidup yang begitu tinggi dengan kemunculan isu kenaikan harga barang ini bukan merupakan satu masalah besar bagi seorang peniaga sate di daerah Segamat, Johor Bharu dengan hanya menjual satay pada harga 30 sen secucuk.

Macam tak percaya masih wujud sate yang berharga semurah itu. Pakcik Samsuddin Mohamad yang berusia 56 tahun menjual lebih dari 500 cucuk hingga ke 700 cucuk satu hari disebabkan sate ayam yang dijual mendapat permintaan tinggi oleh pelanggannya. Sate pakcik ini dikenali dengan nama kedai wak sate dan dengan berniaga hanya menggunakan kereta tolak, ianya menjadi trademark bagi orang mengenali kedai wak sate ini.
Keuntungan yang diperoleh menerusi sate 30 sen secucuk itu sekadar ingin melepaskan belanja dapur isteri beliau dan itu sudah cukup memadai. Apa yang paling menarik, sate ini akan diberi secara percuma pada kanak-kanak yang lalu dihadapan kedainya, dan dijual dengan harga 20 sen secucuk kepada warga emas yang datang singgah untuk membeli sate ayam beliau.

Baik hati betul pakcik ni, niat yang ikhlas ingin menderma kepada mereka yang memerlukan harus diambil sebagai contoh. Janganlah banyak mengambil kesempatan dan keuntungan yang lebih dalam meniaga. Ingat, rezeki yang datang semua dari kehendakNya.

P/S : Semoga peniaga ini dimurahkan lagi rezeki beliau membantu orang-orang miskin diluar sana

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon