Friday, 22 January 2016

Respon Peminat Buat Fasha Sandha Selepas Bercerai Dengan Jejai

Tags

PENCERAIAN dengan Rizal Ashram ramli atau lebih dikenali Jejai 40, disahkan mahkamah Tinggi Syariah, dengan bekas isterinya iaitu Fasha Sandha, 32, terus dihujani dengan kata-kata semangat peminat melalui laman instagram milik Fasha Sandha.

Sehingga malam ini, lebih 16,000 orang menanda ‘like’ pada gambar terakhir yang dimuat naik Fasha di laman sosial terbabit, dua hari lalu. Status itu memaparkan petikan kata-kata yang seolah-olah menggambarkan situasi yang dialami Fasha sekarang.

Status itu mendapat ulasan hampir 3,000 orang yang memberi pelbagai komen, termasuk kata-kata positif supaya pelakon itu tabah menghadapi dugaan hidup. Ada peminat mahu pelakon drama bersiri Natasha itu bangkit demi membesarkan anaknya iaitu Putra Rayfal, dua tahun dan Putri Raysha Jemyma, setahun.
Fasha Sandha juga mahu meneruskan kehidupan dengan membesarkan dua cahaya matanya. Kisah keretakan rumah tangga Fasha mula bertiup kencang sejak sebulan lalu apabila pelakon itu dikatakan pergi ke sebuah pejabat agama. Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan 2 orang anak.

P/S : Bercerai adalah perkara yang dibenci oleh ALLAH, akan tetapi jika terjadi suatu masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tidak boleh dibawa bincang maka jalannya adalah CERAI.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon