Saturday, 23 January 2016

Reka Bentuk Gimnasium PQP TRW Bakal Dibina Datuk Seri Vida

Tags

DENGAN menyalurkan penajaan yang paling besar dalam sejarah arena bola sepak di Malaysia. Namanya tidak asing lagi dengan nitezin-nitezin yang berada di tanah air. Umum kita tahu Dato Seri Vida telah menyediakan dana kepada pasukan Kelantan FA yang kini dikenali dengan nama barunya iaitu PQP TRW.

Terbaru berita yang kami terima Pasukan The Red Warriors (TRW) bakal memiliki sebuah Gimnasium yang dilengkapi dengan kemudahan kolam ais seperti yang dimiliki pasukan bertaraf dunia dalam tempoh lebih sebulan dari sekarang.

Penaja utama TRW, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata gimnasium tersebut akan dibina di Tingkat 3 Wisma Vida Beauty yang terletak di Kubur Langgar dekat sini kerana ruang di Stadium Sultan Muhammad IV agak terhad lapor MStar.

“Pemain minta bilik persalinan yang lengkap dengan kolam ais untuk mengatasi masalah kekejangan urat selepas bermain tetapi kita tak boleh buat di dalam stadium kerana ruang yang terhad.
Menurut usahawan kosmetik terkemuka negara itu, bangunan Wisma Vida Beauty (gambar) setinggi tiga tingkat itu akan berubah wajah sepenuhnya kerana akan dicat dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih.

Katanya, selain pembinaan gimnasium, tingkat dua di wisma tersebut juga akan diubah suai menjadi pejabat pengurusan dan bilik mesyuarat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Manakala di tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan ruang santai, kafe dan kaunter penjualan tiket dan barangan TRW.

“Jadi proses pengubahsuaian akan mengambil masa lebih sebulan sebelum dapat digunakan sepenuhnya,” katanya.

Pengubahsuaian bangunan tersebut merupakan salah satu daripada 35 syarat yang dikemukakan kepada Kafa sebelum bersetuju menaja TRW selama dua musim.

Jelas beliau lagi, bangunan tersebut akan disewakan kepada Kafa dengan sewa bulanan sebanyak RM30,000 tetapi jumlah itu akan ditolak daripada nilai tajaan sebanyak RM16 juta kepada pasukan tersebut.

Vida berkata kadar sewa tersebut adalah berpatutan selepas mengambil kira kos penyelenggaraan dan pengubahsuaian bangunan tersebut yang akan digunakan pemain dan pihak pengurusan tertinggi Kafa.

Terdahulu, Vida mengadakan pertemuan dengan Abdul Fattah dan beberapa pihak pengurusan tertinggi Kafa untuk memuktamadkan proses pengubahsuaian stadium tersebut.

Difahamkan rundingan tersebut berkaitan dengan cadangan Vida untuk menukar warna stadium dari merah-putih kepada merah jambu-putih.

Sementara itu, Abdul Fattah menyambut baik cadangan Vida yang dilihat dapat menjadikan Kelantan sebagai sebuah destinasi sukan terbaharu di negara ini.

“Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Datuk Vida. Selain menjadi mercu tanda Kelantan, saya yakin stadium ini akan membantu rakyat di negara ini menjana pendapatan mereka,” katanya.

P/S : Kami bangga dengan apa yang mahu dilakukan oleh Datuk Seri Vida.. We Love U..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon