Wednesday, 6 January 2016

RAHSIA DISEBALIK KEKAYAAN DIMILIKI OLEH DATO SERI VIDA

Tags

NAMA beliau kini menjadi sebutan ramai nitezin terutama yang berada di Malaysia. Video viral yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial yang mana Dato Seri Vida yang memiliki terlalu banyak harta dan menjadikan salah seorang jutawan yang berkecimpung didalam dunia produk kecantikan.
RAHSIA DISEBALIK KEKAYAAN DIMILIKI OLEH DATO SERI VIDA

Bercerita mengenai rahsia kejayaannya kepada umum, Dato Seri Vida mendedahkan bahawa dia selalu mengamalkan solat hajat dan solat sunat Dhuha.
Selain itu, personaliti yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’ ini berkata, sejak kecil dia turut dididik mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian ini dianggap menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini jadi ikutan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, Vida, 44, dikhabarkan bakal menaja pasukan bola sepak, The Red Warriors (TRW).

Video Kemewahan Harta yang dimiliki oleh Dato Seri Vida

Lihat di page kami --> Disini


P/S : Semoga Dato Seri Vida dimurahkan rezeki segala-galanya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon