Wednesday, 13 January 2016

Pesanan Buat KAFA dari Datuk Seri Vida

Tags

“Saya bukan lerak pitih atas padang…tidak.”

Itulah yang diungkapan oleh Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida kepada persatuan bola sepak KAFA yang membangkitkan isu dana untuk memperkuatkan pasukan tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi yang dialek dalam loghat kelantan.

Maksudnya beliau bukannya sekadar menabur wang ketika memutuskan untuk menaja pasukan bola sepak negeri kelahirannya itu.

Menurut usahawan kosmetik yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, sebelum membuat keputusan untuk menaja The Red Warriors (TRW) beliau melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara terperinci mengenai perkara ini lapor Mstar.
Ahli perniagaan kelahiran Machang itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang mengkritik campur tangan penaja dalam pengurusan bola sepak, termasuk dilantik sebagai penasihat kehormat.

Jelas Vida, pelantikannya sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuktikan bahawa pengurusan badan induk tersebut memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersama-sama membangunkan TRW.
Pada Jumaat lalu, Vida dan Kafa mencapai kata sepakat mengenai perjanjian penajaan TRW selama dua musim yang dikatakan mencecah RM16 juta.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan itu secara rasmi akan diadakan di ibu negara pada Jumaat ini.

Selain bersetuju dengan dua syarat awal Datuk Seri Vida, Kafa turut menerima 33 syarat tambahan baharu yang dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu sebelum bersedia menaja TRW.

Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan akan dicat dengan warna merah jambu, manakala nama pasukan Kelantan diubah kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

P/S : Harap isu seperti ini tidak dibangkitkan lagi dan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon