Thursday, 28 January 2016

Permohonan Online Kemasukan UPSI Februari 2016 Ijazah Sarjana Muda

SEPERTI yang sedia maklum, permohonan kemasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ SETARAF sesi Akademik 2015/2016 (FEBRUARI) telah dibuka untuk semua pelajar yang layak.

Dipetik dari Laman Web Rasmi Aplikasi Kemasukan UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf bagi Sesi Akademik 2015/2016 (Februari) akan mula di buka mulai 14 Oktober (Rabu) hingga 30 Oktober 2015 (Jumaat).

Permohonan Kemasukan UPSI Februari 2016 Ijazah Sarjana Muda

Berikut adalah program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2016 ini: -
Permohonan Kemasukan UPSI online

Untuk mengakses ke sistem permohonan kemasukan, pemohon perlu membeli BITARA ID IJAZAH di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Negara mulai 14 Oktober 2015 (Rabu). Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 14 Oktober 2015 (Rabu) selepas jam 12.00 tengahari.

Aplikasi Permohonan UPSI 2016

- Klik UPSI 2016

* Nota : Pemohon diwajibkan menghantar Perakuan Permohonan (Online) Kemasukan yang telah dicetak ke:
Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
(u/p : Unit Kemasukan)
Semakan Keputusan UPSI 2016

Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 (Februari) boleh mula di buat pada 27 Januari 2016 (Rabu).

Semakan dan tarikh penting UPSI boleh disemak di Applikasi Semakan atau Semak UPSI

* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa

P/S : Semoga menjadi panduan buat anda semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon