Tuesday, 12 January 2016

Perbincangan Pengusaha Kantin Layan Pelajar Seperti Pengemis

Tags

PERKARA ini sudah lama berlaku pada kanak-kanak di sekolah dan satu program televisyen membincangkan betapa teruknya sikap sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiayai kanak-kanak daif.

Antara senarai kelakuan pengusaha kantin melakukan perbuatan yang amat dikesali jika ibubapa tahu. Bayangkan anak-anak darjah satu, berwajah suci dan tidak bersalah ini mengalami perkara-perkara di bawah:
Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamat mereka. Marilah kita membudayakan semula amalan bekal makanan pada anak-anak. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamatnya pengusaha kantin juga kena memikirkan cara lain untuk mencari makan.

Ada sesetengah pengusaha kantin yang melarang anak membawa bekal makanan di kantin. Abaikan saja peraturan yang tidak masuk akal ini. Makan di bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah. Anak-anak yatim pula bagaimana? Lagi sayu hati bila memikirkannya.

Cerita tentang makan ini, semua orang boleh sentap. Kita sebagai ibu bapa makan sedap di waktu tengah hari, anak-anak kita makan apa pula di sana?

Artikel diatas adalah penulisan dan perkongsian di Facebook oleh saudara Al Irfan Jani yang dimuatnaik beliau pada Januari 2015 tahun lalu.

Artikel artikel ini disiarkan semula untuk tatapan pembaca malaysiaviralstory.com.

P/S : Semoga pihak sekolah memantau segala perbuatan yang dilakukan oleh pengusaha kantin di sekolah agar kanak-kanak di sekolah tidak ditindas dan ditipu dengan mudah.

Rujukan: Thehypemedia

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon