Wednesday, 13 January 2016

Pengalaman Gadis Cantik Menangis Dicabul Warga Asing Di Dalam Bas

Tags

BUAT kaum hawa yang menaiki atau menggunakan bas samada menjadikan satu pengangkutan bas ke tempat kerja atau bercuti. Jika berseorangan seeloknya pilihlah yang single seat untuk keselamatan diri anda. Biarlah duit melayang asalkan maruah kita terjaga.

Kalau sudah tiada jalan dan dapat pula double seat serta ditakdirkan sebelah kamu lelaki, minta tukar seat dengan sesiapa. InshaAllah orang itu faham. Tetapi yang paling baik, jangan balik seorang diri. Balik dengan rakan yang boleh dipercayai dan itulah yang terbaik.

Satu kisah malaysiaviralstory ingin kongsikan bersama pembaca adalah satu pengalaman seorang sahabat ini. Saya naik bas nak balik rumah saya di Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, semasa bas itu berhenti di perhentian untuk berehat, saya nampak ada seorang gadis tak berhenti-henti menangis.
Kalaulah lelaki itu masih berada di sekitar ini, saya nak saja beritahu pemandu bas itu agar boleh ambil tindakan terhadap lelaki durjana itu.

Sewaktu dia menceritakan kejadian itu kepada saya, memang terasa geram sangat dan terasa mahu saja membelasah lelaki warga asing itu. Bukan nak tunjuk hero tetapi saya fikir bagaimana jika yang menjadi mangsa lelaki miang itu adalah keluarga saya sendiri?

“Sekarang cik pergi duduk di tempat saya yang single seat itu dan saya duduk di tempat cik,” arah saya pada dia yang akur saja.

Wajah dia memang nampak trauma sangat. Saya boleh rasa perasaan dia pada ketika itu. Kasihan sungguh.

Selepas kejadian itu, saya termenung memikirkan bagaimanalah negara Malaysia kita pada masa akan datang. Dengan warga asing yang berjuta-juta diimport masuk ke Malaysia, Allahurobbi.

Apa-apa pun ingatlah nasihat saya pada yang perempuan. Balik perjalanan jauh jangan balik seorang diri. Kalau sudah terpaksa dan tiada rakan nak temankan, apakan daya.

Beli single seat dulu, jika tiada, terus beli couple seat itu sebab kita tidak tahu siapa yang akan duduk di sebelah kita. Kalau dapat yang sama jantina, Alhamdulillah. Kalau dapat yang sebaliknya? Mahu bukan rezeki si lelaki itu.

Biarlah duit melayang sikit asalkan maruah terpelihara. Itu yang paling penting. Saya harap anda dapat panjangkan status ini kerana saya tidak berbohong. Memang perkara ini realiti yang terjadi di depan mata saya sendiri. Semoga Allah SWT merahmati anda semua. – Wan Mohamad Fadhli

Artikel ini diterbitkan semula di Malaysiaviralstory.com.

P/S : Harap kaum hawa lebih berhati-hati semasa menggunakan pengangkutan BAS.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon