Friday, 15 January 2016

Peminjam PTPTN Hanya Bayar RM 300 Untuk Elak Disenarai Hitam

Tags

BERITA baik untuk semua peminjam PTPTN yang terikat dengan hutang dan tidak pernah membayar pinjaman serta mempunyai tunggakan bulanan yang banyak.

PTPTN kini telah melancarkan satu promosi dimana peminjam boleh membayar sebanyak RM 300 sahaja atau ansura 3 bulan pertama untuk proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukaran kepada Ujrah (Biasiswa_.

Selain itu, anda juga tidak akan disenarai hitamkan namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak PTPTN bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.

Terdahulu, polisi sedia ada PTPTN memerlukan peminjam membuat bayaran sebanyak 50 peratus daripada jumlah tunggakan. Contoh anda telah mempunyai tunggakan PTPTN sebanyak RM20,000 dan anda wajib membayar RM10,000 untuk penstrukturan semula jadual pembayaran. Namun, kini PTPTN membuat polisi baharu dimana anda tidak perlu lagi membayar jumlah yang banyak melainkan hanya RM300 sahaja atau bayar ansuran 3 bulan pertama.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad daripada 14 Januari 2016 sehingga 20 Januari 2016 sahaja. Sila berunding di kaunter PTPTN yang berhampiran dengan anda dalam masa terdekat.

P/S : Adakah ia satu tipu helah atau sebaliknya?HAHA..Hutang wajib dibayar.

Sumber: melvister.com

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon