Tuesday, 5 January 2016

Lelaki Maut Jatuh Ketika Bergambar Di Kawah Gunung Berapi

Tags

SATU berita dari Indonesia seorang pemuda Eri Yunanto, 21 jatuh ke dalam kawah gunung berapi itu pada Sabtu lalu ketika mengambil gambar di puncak berkenaan dan dipercayai maut apabila tergelonsor kedalam kawah gunung berapi tersebut.

Mangsa dan empat rakannya dimana pelajar yang menuntut di Universiti Atmajaya di Yogyakarta mula mendaki gunung berkenaan pada malam jumaat yang lalu.

“Pada pagi Sabtu, Eri dan dua lagi rakannya meneruskan pendakian ke kawah gunung berapi setinggi 300 meter untuk bergambar.

“Selepas mangsa terjatuh, rakan-rakannya segera turun dan membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa,”

100 anggota penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa tetapi usaha berkenaan masih gagal.

“Keadaan dalam kawah itu sangat bahaya dan kami juga perlu memastikan keselamatan anggota penyelamat,”

Terkini, mayatnya sudahpun ditemui.
P/S : Jangan sampai menyusahkan diri bila bergambar lagi-lagi tempat yang tidak selamat.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon