Monday, 4 January 2016

Larangan Menggunakan Perkataan Salam, Akum Dan Bye

Tags

TEGURAN yang terbaik untuk seorang umat ISLAM adalah menyampaikan satu salam untuk saudara-saudaranya. Maksud Assalamualaikum adalah "selamat sejahtera ke atas kamu" Dan dijawabnya, Waalaikumussalam yang bermaksud, "segala sejahtera ke atas kamu"

Siapa yang menggunakan perkataan "SALAM" ? Apakah maksud disebaliknya?

Maksud salam ialah : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "salam" (selamat tinggal)
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) (QS : 43:89)

Oleh itu, sebaik-baik perkataan dibawah :-
Gunakanlah ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Jika menjawab salam, jawapan yang betul ialah
Waalai kumus salam dan bukannya Waalai kum salam.

Jika ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata :-

"Kirim salam, Assalamualaikum pada AISYAH ye"
dan bukannya "Kirim salam kat Aisyah ye".

Dan jangan pula menambah-nambah "Tolong kirim salam maut kat dia ye". Walaupun ianya dianggap bergurau tapi ianya telah menyalahi syariat dan berdosa walaupun bergurau.

Selain itu jangan gunakan singkatan Assalamualaikum kepada Akum sebaliknya gunakanlah AS SALAM. Ini kerana perkataan Akum adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud "Binatang".

Jadi, mulai sekarang gunakan AS SALAM sekiranya ingin gunakan shortform kerana ianya bermaksud sama dengan ASSALAMUALAIKUM.

Jangan gunakan "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "di bawah naungan pope".

P/S : Semoga perkongsian ini boleh dimanfaatkan oleh anda.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon