Tuesday, 26 January 2016

Kisah Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Akim & Majistret - Potret

Tags

KUALA LUMPUR:Sekalung tahniah kepada Akim & Majistret yang berjaya merangkul gelaran Juara di Anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu edisi ke-30 (AJL 30).

"Lagu Potret ialah gambaran pengalaman saya ketika kehilangan seorang ustaz yang saya kagumi ketika belajar di sebuah sekolah agama," kata Kamar Empayar atau Afham Zulhilmi mengenai karya Potret.

Penulis lirik yang juga abang kepada penyanyi, Akim, itu berkata, beliau mencuba sebaik mungkin bagi menyempurnakan melodi yang dikirimkan oleh adiknya itu menerusi e-mel.

Afham yang juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi itu turut memberitahu, sebaik saja menerima melodi terbabit, beliau menggarap liriknya dalam tempoh lima minit saja.
Potret bukan karya pertama dan terakhir yang menyaksikan gandingan dua beradik berkenaan kerana Akim sendiri akan terus memberikan peluang kepada abangnya berkarya menerusi lagu ciptaannya nanti.

P/S : Tahniah sekali lagi buat Akim & Majistret =)

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon